Photobucket

Tuesday, July 27, 2010

Menyaksikan Keindahan Bumi Turki Day 3

Selepas sarapan pagi kami meneruskan perjalanan ke Konya yang jaraknya 295.53 km. Dalam perjalanan seperti biasa kami akan singgah beberapa tempat untuk pergi ke WC atau minum-minum untuk meluruskan pinggang. Sambil tu tengok-tengok apa barang yang dijual....cuci mata.



Makanan special yogurt dgn serbuk kopi di minum bersama apple tea.

Di bandar suci Konya kami mengunjungi Mevlana Museum di mana kami telah melihat kesan-kesan awal pendudukan Islam di Turki. Pelbagai barangan tinggalan Mevlana seperti ukiran kayu, karpet, alat muzik, dan lain-lain boleh dilihat di sini. Kami diberi penerangan mengenai tarian Mevlana yang terkenal iaitu "Wherling Derwish" tarian di mana penyanyinya mampu berputar untuk satu jangka masa yang panjang.

Bersama cikgu-cikgu dari MGS Ipoh.

Di dinding tu gambar penari Wherling Derwish
Kemudian kami meneruskan lagi perjalan ke Cappadocia lebih kurang 212.08 km. Singgah sebentar di Sultanhani Caravanserai iaitu salah sebuah tempat persinggahan pedagang zaman dahulu dalam perjalanan menuju Silk Road.

Kami tiba petang di Cappadocia dan bermalam di sana.

No comments:

Post a Comment