Photobucket

Sunday, November 29, 2015

Kini

Sudah bersawang betul blog ini....kini anak-anak sudah semakin dewasa, yang sulung dah anak kedua telah pun berumah tangga dan punya anak. Aku bergelar tok ibu kepada dua orang cucu. 

Friday, July 8, 2011

Minggu GERKO


Mulai 4 Julai sehingga 8 Julai ialah Minggu GERKO. Pelbagai pertandingan telah dijalankan. Saya merupakan salah seorang daripada hakim pertandingan kawad kaki dan pertandingan gajet.

Pasukan KRS

Tahniah kepada murid yang sanggup berpan
as minggu ini untuk berlatih kawad kaki untuk menyertai pertandingan ini.

Pasukan Pengakap

Gajet-gajet yang telah dihasilkan oleh murid mengikut unit beruniform masing-masing

Pengetua turut menjadi hakim

Di bilik seni pula, dijalankan pertandingan gubahan bunga mewakili kelab dan persatuan



Hasil-hasil gubahan bunga oleh murid

Larian 1 Murid 1 Sukan


2 Julai 2011 - SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara (SEMESTI) telah sama-sama mengadakan Larian Sempena Majlis Pelancaran Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) Peringkat Kebangsaan serentak di seluruh negara. Larian bermula pada pukul 7.45 pagi dengan jarak larian sejauh 1.5 kilometer. Tujuan larian 1M1S adalah untuk memupuk budaya sukan di kalangan murid sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penyertaan murid dalam aktiviti sukan. Larian ini telah mencipta rekod Malaysia Book Of Records (MBR) bagi kategori larian serentak terbesar..

Setibanya pelajar di sekolah mereka mula mendaftar untuk mendapatkan nombor larian.

Kemudian mereka berada di Dataran SEMESTI untuk menonton majlis pelancaran secara lansung dari Taiping oleh Timbalan Perdana Menteri

Pengetua dan Penolong Kanan sama-sama merasmikan pelancaran bagi memeriahkan lagi acara
Guru-guru turut sama berlari

Setelah letih berehat di perhentian bas