Photobucket

Wednesday, November 25, 2009

Sehari di Kuala Nerang

Pada 25 November, pagi-pagi lagi saya bersama suami dan dua orang anak iaitu Afif dan Nisa telah bertolak ke Kuala Nerang untuk mengambil Ayuni (anak kedua saya) yang telah menamatkan pengajiannya selama setahun di Kolej Mara Kuala Nerang. Inilah kali pertama saya hendak ke sana kerana sebelum ini saya tidak berkesempatan untuk ke sana. Semasa mula mendaftar pada awal tahun dahulu Ayuni hanya menaiki bas ke Butterworth dan abangnya mengambilnya di sana dan menghantarnya ke Kolej Mara tersebut. Abangnya Afif, masih belajar di UITM Pulau Pinang.

Kami berkesempatan singgah di Perhentian Tapah untuk membeli minuman dan buah jambu serta rojak buah. Kemudian kami singgah juga di Perhentian Sungai Perak untuk menikmati buah durian.

Aksi ketika makan durian

Kami tiba di Kolej Mara Kuala Nerang tepat pukul 3.00 petang. Memanglah jauh juga masuk ke pedalaman sebagaimana yang selalu dirungutkan oleh Ayuni. Saya selalu memujuk dia kalau hendak menuntut ilmu tidak kira di mana, pasti ada hikmahnya. Walau bagaimanapun dia tetap berasa sedih meninggalkan kolej tersebut yang merakamkan banyak kenangan manis.

Bergambar kenangan berhampiran aspuri

Dalam perjalanan pulang kami singgah di rumah kawan lama iaitu Noriha teman sebilik semasa di MPT tahun 1984. Kami telah tidak bertemu lebih kurang 22 tahun. Dia juga seorang guru dan di samping itu juga seorang usahawan kuih raya yang berjaya. Setiap musim raya dia telah membuat dan menjual kuih raya dengan dibantu oleh 12 orang pekerja. Pekerja-pekerjanya pula terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan universiti yang masih belum mendapat pekerjaan. Teruskan usahamu Noriha.....

Tahun 1984 Tahun 2009


Bergambar kenangan di hadapan rumah Noriha


Sebahagian dari hasil kuih jualan Noriha

Selepas solat jamal ta'akhir di rumah Noriha kami bergerak pula ke rumah Pn. Zaiton, emak saudara Zubir ( kawan Afif). Dia banyak membantu Ayuni, jadi sebagai salam perkenalan kami singgah untuk beramah mesra tapi sayangnya lupa pula untuk bergambar kenangan. Selepas solat kami bergerak untuk pulang.

Suami pula telah membuat temu janji dengan kawannya yang tinggal di Bukit Mertajam Saidin untuk makan malam bersama. Saya pun mengambil kesempatan menghubungi kawan saya Saripah untuk turut serta. Pada mulanya kami hendak makan malam di Kuala Juru tetapi malangnya kedua-dua kedai yang kami pergi tutup. Kedai pertama yang kami pergi pula telah kehabisan makanan. Akhirnya kami makan di BM Tomyam.

Saya dan Che Pah di BM Tomyam.

Tepat pukul 12 malam baru kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Pukul 3.00 pagi kami tiba di rumah. Esok nak balik kampung menyambul Eidul Adha pula.

1 comment: