6 Feb 2010 merupakan sukan sekolah, saya terlibat dengan AJK Sumbangan. Sumbangan yang saya terima untuk tahun ini kurang memberangsangkan, mungkin akibat kegawatan ekonomi yang sedang melanda. Sudah 4 tahun berturut-turut Nestle memberi sumbangan aiskrim, malangnya tahun ini saya gagal mendapatkannya....beberapa kali saya menghubungi manager syarikat yang berkaitan malangnya jawapan yang saya terima...tahun ini mereka "cut cost". Saya memohon maaf pada warga SEMESTI kerana gagal kali ini. Hamper kami cuma dapat enam sahaja dan selebihnya terpaksa dibeli. Air mineral untuk untuk minuman pegawai dan guru seperti biasa minta dengan "room mate". Ada juga beberapa parent dan supplier yang menyumbang wang. Seperti biasa sukan bermula pada pukul 8.00 pagi dengan lintas hormat. Murid berkawad dengan penuh semangat dan pasukan sorak melakukan pelbagai gaya yang menarik.

Pada hari sukan, saya serta guru-guru rumah merak (merah) sibuk di khemah membahagikan makanan murid serta memberi sokongan moral kepada rumah merak. Akhirnya rumah merak berjaya menjadi JOHAN. Teringat saya kepada anak kembar saya yang telah berhijrah ke sekolah lain, suatu ketika dulu adalah pelari rumah merak. Baby juga rumah merak tetapi dia bukan pelari, cuma bertugas sebagai penyambut tetamu dengan pakaian KRS.

Kawannya Laili dianugerahi olahragawati harapan....tahniah kepada Laili. Sukan berakhir dengan jayanya tepat jam 12.30 tengahari. Suami saya telah beberapa kali menelefon supaya pulang segera untuk menghadiri majlis perkahwinan anak jiran saya.
salam linda,
ReplyDeletelega dah selesai .......... kami sukan pun belum merentas desa 20/2
Salam cikgu.
ReplyDeleteMoga bahagia dalam menjalankan tugas...
Che Pah : Selamat merentas desa dan bersukan.Kami first time buat awal, sebelum tu April selalunya.
ReplyDeleteMama Ju : Terima kasih...8 tahun lagi service saya ni.
assalamualaikum cikgu!
ReplyDeletesalam ziarah dari teman
amalhaj: Terima kasih kerana sudi singgah...
ReplyDelete