Pada malam Khamis Fathia tiba di KLIA untuk pulang bercuti, tapi tengahari Jumaat saya menghantarnya ke SBPI Temerloh pula kerana dia menjadi wakil sekolah dalam perlawanan bola keranjang SBP Pantai Timur. Kawan-kawannya semua naik bas dari Kuala Terengganu tetapi Fathia tiket flight sudah dibeli jadi dia pulang ke rumah dahulu. Sampai di sana sempat saya melihat Fathia bermain bola keranjang.
Sebelum pulang semula ke KL saya singgah di kampung saya melihat ayah dan emak saya di bandar Temerloh. Malam tu sebelum balik saya membawa emak dan ayah saya makan malam di kedai Siti Norbaya best friend emak saya....tapi tak teringat nak ambik gambar...kedai tu terletak berhampiran jambatan Temerloh.
Gambar di bawah ini ialah pada malam Ahad awal cuti tu saya, hubby, shieda dan anak-anaknya dan family hubby ke uptown Shah Alam. Kakak ipar saya kata kat sini ada sup gear box yang best...jadi kami pergilah untuk mencuba.

Selain itu, cuti ni saya tidak ke mana-mana kerana saya terpaksa menanda kertas periksa ujian setara satu. Kalau tak siap tanda nanti murid-murid akan bising bertanyakan markah mereka.

No comments:
Post a Comment