Di office....staff suami saya juga telah mengatur satu majlis ringkas doa selamat dengan pulut kuning dan kek untuknya. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang telah memberi hadiah sebagai tanda ingatan.
Pada sebelah malam saya bersama suami ke candle light dinner di Avantea Restaurant Sunway Hotel...atas tempahan si secratary Shahidah. Selepas maghrib Pilah (driver husband) telah datang mengambil saya di rumah, singgah mengambil suami di office dan terus ke tempat tujuan. Ketika di restoran kami diberi layanan yang agak mesra...walaupun kami rasa pelayan di restoran tersebut majoriti bukan orang Malaysia.
Dessert
Ketika menikmati hidangan dalam suasana romantis mengimbau kembali kenangan kami ketika zaman muda-muda waktu bercinta dahulu. Syukur alhamdulillah, walaupun kini telah berusi hampir mencecah angka 50 kami masih dapat merasai suasana begini. Harapan kami suasana ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat.
hepy besday acai............. romantik nyer pasangan ni. moga dipanjang kan umur, dipanjangkan rezeki, dipanjangkan jodoh dan macam2 lagi yang panjang2 lah. MOGA BAHAGIA HINGGA KEAKHIR HAYAT. AMIN.............
ReplyDeleteInsyaallah.....
ReplyDelete