Photobucket

Monday, May 10, 2010

Jakarta 2010

Minggu pertama Mei saya mengambil CRK dua hari kerana mengikut suami ke Jakarta atas undangan Heitech Padu kerana Forum CIO di Jakarta. Semuanya sponsored by Heitech Padu dengan penginapan di Hotel 5 Bintang....Flight KLM bertolak dari KLIA pada jam 4.20 petang Rabu (5 Mei ). Setiba di Jakarta menaiki bas yg disediakan utk makan malam dan terus check in hotel Sultan. Menurut makluman dulunya ialah Hotel Hilton tetapi telah dibeli Brunai dan diberi nama Sultan.
Pada hari pertama suami-suami menghadiri forum manakala kaum isteri perhi shopping. Kami berlapan menaiki dua kereta ke Majestik.....tempat menjual tekstil dan ke ITC dan Ambasador. Suami saya tengahari tu telah hilang ke padang golf bersama Datuk Hilmey and the geng.


Kaum isteri makan tengahari di restoran Sederhana kegemaran Datin Salbiah.

Pada sebelah malamnya ada majlis makan malam sempena launching Heitech Intercity Kerlipan.
Heitech telah bergabung dgn satu syarikat dari Indonesia untuk menjalankan perniagaan di sana. MC majlis malam tu.....siapa ye...dia ni berlakon sebagai emak tiri dalam cerita bawang bawang bawah putih. Memang famous cerita ni tapi saya tak pernah tengok. Tarian-tarian semasa perasmian tu beraneka jenis dan ramai penari yang terlibat....canggih sungguh. Akhirnya biasalah ada tarian poco-poco...tapi org Malaysia mana nak sgt menari-menari ni..so datin je lah yg terpaksa untuk menjaga hati dia org.

Hari kedua saya tak ikut rombongan bas pergi shopping ke Tanah Abang....malas tak ada apa sgt nak beli. Saya ada membeli beberapa telekung untuk hantaran untuk diberi pada anak saudara yg akan berkahwin tahun ini...yang mana saya telah kirim dengan Datin Salbiah (makcik saya tu)kerana dia datang awal satu hari dan telah pergi ke rumah tempat membuat telekung tu Ibu Nani. Jadi saya cuma berjalan-jalan lagi ke ITC bersama Datin dan Hanim. Suami biasalah main golf ke Bogor.


Pada hari Sabtu iaitu hari terakhir barulah saya berkesempatan menyopping bersama hubby tersayang. Petang tu kami pun menaiki KLM balik ke Malaysia....duit pun habis berjuta...hehe...

2 comments: