Di pagi yang hening ketika saya sedang membaca blok NB novelis kegemaran, saya dikejutkan dengan deringan telefon bimbit. Anak kedua saya, Ayuni menelefon menceritakan dia sedang bersiap-siap untuk menghadiri Majlis Makan Tengahari untuk pelajar-pelajar persediaan ke Australia di Alor Setar. Pada 25 November nanti akan berakhirlah pengajiannya di Kolej Mara Kuala Nerang dan akan menyambung pelajarannya di UniKL di Kuala Lumpur selama 1 tahun lagi. Insyaallah dia akan ke Australia pada 2011.
Suami saya ke Jakarta semenjak 3 hari yang lalu kerana bermain golf bersama Dato' Hilmey Chairman Heitech Padu. Datin ada mengajak saya turut serta tetapi memandangkan hujung tahun saya susah hendak bercuti memandangkan kerja-kerja sebelum cuti akhir tahun perlu saya siapkan. Insyaallah cuti panjang nanti saya akan mencari ruang untuk bercuti...ke mana ye....ke Turki...dah lama saya teringin ke sana.



No comments:
Post a Comment