Photobucket

Saturday, November 14, 2009

Antara dua saiz

Tengahari saya ke London Weight Management untuk program slimming kali ke 7...Alhamdulillah setakat ini sudah 8kg berat saya turun. Mungkinkah saya akan kembali kurus seperti 20 tahun dahulu....Sudah terlalu banyak program diet yg saya ikuti...Mary France Body Line, Herbalife, Klinik Family dan macam-macam lagi tetapi hanya turun untuk sementara selepas itu akan naik kembali berat badan saya.

DAHULU

SEKARANG

Selepas program saya dan Shieda (adik) berjanji hendak ke KL jadi sembahyang zohor di surau IOI. Memandangkan hari hendak hujan kami parking kereta di Bukit Jalil dan menaiki LRT ke KL. Malangnya kami hanya sempat berjalan-jalan di Sogo sahaja kerana hujan lebat.

Makan-makan di The Mahanttan Fish Market .

2 comments: