Saya terpaksa mengambil cuti semalam kerana ke Kuala Terengganu menjemput Fathia yang sudah mula cuti akhir tahun. Pada perancangan yang awal saya bersama suami bercadang untuk membawa kereta ke sana tetapi disebabkan hujan dan bimbang terkandas dalam banjir maka saya mengambil keputusan untuk menaiki pesawat Air Asia bersendirian. Bukan Fathia tidak pernah pulang sendiri tetapi menurutnya barang banyak untuk dibawa pulang maka perlukan bantuan.
Tepat jam 8 pagi saya telah tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Mana nak saya tuju kerana Fathia hanya boleh pulang selepas pukul 2 petang. Oleh itu, saya pun menaiki teksi ke Pasar Payang. Di Pasar Payang saya bersarapan dahulu sebelum melihat-lihat jualan kain-kain batik.
Semasa saya bersarapan seorang diri, tiba-tiba seorang makcik duduk di hadapan saya dan kami bertukar-tukar cerita. Sempat juga dia menasihati saya supaya berhati-hati kerana saya seorang diri. Apabila dia selesai minum dan hendak membayar harga sarapannya dia turut membayar untuk saya walaupun saya menolaknya. Terima kasih makcik semoga perniagaan makcik akan lebih maju di masa akan datang. Makcik tersebut ialah salah seorang peniaga pakaian di Pasar Payang tersebut.
Sempat juga saya membeli 3 pasang batik...ini menambah lagi koleksi kain saya yang banyak tak sempat dijahit....insyaallah cuti ini saya berazam untuk menjahit baju-baju tersebut.
Saya telah berjanji untuk berjumpa dengan kawan lama saya Ruhani Muhammad pada pukul 1 petang untuk membawa saya ke SESTER untuk mengambil Fathia. Oleh itu, saya telah menunggu di gazebo di hadapan bangunan warisan berhampiran Pasar Payang. Hujan begitu lebat sekali dengan tiupan angin yang kuat, oleh itu saya terus berlari ke dalam bangunan warisan dan menunggu di sana.
Pukul 1 petang Ani sampai dan kami terus menuju ke SESTER dan mengambil Fathia. Banyak betul beg dan barang yang hendak di bawa balik, ini dah lebih 30kg . Sepanjang petang kami berehat di rumah Ani. Kami bertolak balik ke KL flight 9.20 mlm tapi delay 30 minit. Brg terlebih berat 4 kg kena bayar RM60. Kami tiba di rumah hampir 12 malam.



Assalammualaikum Cikgu Haslina.Ni saya kak ju,mama nabil.Kak dh masuk rumah cikgu,,menarik.Kita boleh kenal lebih rapat lagi kan?Kalau ke Turki jln lupa paparkan gambar2dan dan cerita menarik.Turki memang bext,pegi sekali tak puas..program slimming tu betul ke harganya sangatlah ribu2 ada yg sampai 20k,betul ke?Kalau nak tgk mekah hari2 mask Pemgalaman di kota MEKAH.teruskan menulis...
ReplyDeletebu, mak nabil adnan ke?
ReplyDeletewahhh.. best best. haha :P
thanx sebab ambil yaya jauh2 sampai ke terengganu :)
Terima kasihlah Kak Ju..baca blog saya..baru nak start...terpanggil nak buat blog pun setelah membaca blog kak ju. Turki tak jadi pergi tahun ini sbb clash tarikh dgn tugas di sekolah.
ReplyDelete