
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tanpa usaha yang cekal dan berterusan, begitu juga dengan izin Allah kejayaan tidak mungkin dikecapi. Semua memainkan peranan, pengorbanan masa suami terhadap keluarga, isteri yang memahami dan anak-anak yang tidak banyak kerenah. Walau bagaimanapun, usaha yang gigih tidak terhenti setakat ini sahaja kerana untuk mengekalkan sesuatu kejayaan atau kecemerlangan adalah lebih susah dan mencabar berbanding mencapai kejayaan.
Iahniah.Berkat usaha yg tak mengenal jemu.
ReplyDelete