Cuti hanya tinggal 2 minggu lebih saja lagi. Sekarang saya sibuk menjahit baju sekolah anak-anak, dan beberapa baju kawan yang perlu disiapkan sebelum sekolah dibuka. Cuti kali ini kami tidak bercuti bersama semua ahli keluarga kerana suami agak sibuk kali ini.
Pada awal bulan Disember saya bersama adik dan dua org anak Afif dan Ayuni pergi ke Pulau Pinang untuk menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu saya Akmal di Padang Temusu, Bukit Mertajam. Suami saya tak pergi kerana ada tournamen golf....jadi kami pergilah berempat. Sesampai di Pulau Pinang kami bersiar-siar di Pulau dahulu...pergi ke Queensbay Mall membeli hadiah utk pengantin, makan malam di Padang Kota Lama dan jalan-jalan di Gurney Drive. Alhamdulillah...Afif ada kerana dia memang biasa di sana kerana dia belajar di UITM Pulau Pinang, jadi tak adalah tersesat sana sini. Balik kami naik feri tapi lama menunggu kerana feri ada sebuah sahaja.

Malam tu kami bermalam di rumah emak mertua adik saya Nanie...dia pun memang sudah ada di sana kerana balik kampung untuk pergi ke majlis itu juga. Tepat pukul 12 baru tiba kat rumah tu....lambatnya malu pulak.

Keesokan paginya barulah kami semua bertolak ke rumah Acu saya di Bukit Mertajam. Ramai jumpa saudara emak saudara dan sepupu sebelah ayah saya. Afif dan Ayuni sempat bergambar dengan Tok We, Tok Cu dan Tok Cik. Kami pulang semula ke KL lebih kurang pukul 4 petang selepa solat di Perhentian tepi laut.

amboi dah dekat x singgah umah ibu guru pun........
ReplyDeleteSorrylah..tak sempat..insyaallah lain kali.
ReplyDeleteSalam cikgu...Wah bestnya.Teluk Cempedak..mengimbau kenangan lalu...bila senang dtg rumah saya...
ReplyDelete