Photobucket

Monday, December 21, 2009

Teluk Cempedak

Satu lagi percutian saya ialah hanya bersama suami ke Kuantan dan Pekan pada 11 Disember yang lepas. Suami saya ada jemputan menghadiri perasmian Pusat Sumber Pekan yang dirasmikan oleh PM pada petang Sabtu.

Kami bertolak petang Jumaat dan tiba di Kuantan lebih kurang pukul 9 malam. Kami lunch di Tg Lumpur bersama Dato' Hilmey dan Datin Salbiah. Lebih kurang 11.30 malam baru kami check in di Hotel Hyatt Teluk Cempedak. Kami tak sempat ke mana-mana kerana sudah kepenatan.

Keesokan paginya barulah kami berjalan-jalan di pantai Teluk Cempedak dan bersarapan di gerai berhampiran pantai. Tengah harinya kami makan kenduri kahwin di rumah Cikgu Hussin (kawan ayah) di Beserah.



Selepas makan kenduri barulah kami bertolak ke Pekan. Tepat pukul empat petang perasmian berlangsung. Seronok warga Pekan kerana memperoleh Pusat Sumber yang canggih.

No comments:

Post a Comment