Photobucket

Friday, April 23, 2010

Boling SEMESTI

Pada hari Jumaat 23 April yang lepas kami Kelab Staff telah menganjurkan pemilihan pemain boling SEMESTI untuk mencari wakil utk bertanding mewakili sekolah pada bulan Mei nanti. Empat peserta diperlukan. Jadi kami beramai-ramai ke Pusat Boling IOI pada pukul empat petang untuk menunjukkan kehandalan masing-masing. Ada yang strike dan ramai yang masuk longkang.....

Kurus tak?

Di samping main boling ada juga yang ambil kesempatan bermain snooker. Lihatlah Cikgu Nurlina dan Cikgu Zalina.
Pengetua dan penolong kanan juga tidak ketinggalan. Sorry gambar blurr sikit.

Cikgu Nizam penuh semangat tapi ada rahsia disebaliknya yang membuat kami tak kering gusi petang tu.

Inilah sebahagian dari cikgu yang hadir
Keputusannya pemenang pertama ialah Cikgu Zalina, kedua Cikgu Wan Marina dan ketiga Pn. Ruslina.

Majulah Sukan Untuk Negara.

No comments:

Post a Comment