Photobucket

Monday, May 3, 2010

Langkawi

Pada 28-30 April 2010 saya telah Ke Langkawi untuk menghadiri Kursus SEKKOP 123 untuk koperasi sekolah anjuran ANGKASA. Saya sebagai bendahari koperasi terpilih untuk menyertai kursus ini bagi mempelajari mengupdate akaun koperasi dgn lebih mudah, cepat dan tepat. Kami menjalani kursus di Hotel Langkasuka di pekan Kuah. Ramai yang menaiki bas, mereka bertolak dari Shah Alam 9.00 malam dan tiba 9.00 pagi di Langkawi. Saya dan beberapa orang guru menaiki Air Asia jam 10.20 pagi. Guru-guru yang naik flight awal pagi telah sampai awal dan sempat pergi membeli belah. Kursus bermula pada pukul 2.00 petang.

Saya tak pergilah shopping sehingga petang Khamis suami saya datang untuk join saya di langkawi. So kami ambil bilik lain...lagipun my roomate pun ada bawa kawan untuk menemani dai...jadi tidaklah dia sendirian saya tinggalkan. Kursus berakhir tengahari Jumaat jadi saya dan hubby extend satu hari dan pulang ke KL petang Sabtu. Kami bertukar ke hotel di tepi pantai di Cenang iaitu The Lanai....cantik. Kami sempat berjalan-jalan ke Idaman Suri, Jalan Ismail dan beberapa tempat lain. Kebetulan ada kawan hubby kat sana yang bawa kami jalan-jalan.

Sempat juga saya ke rumah kawan lama semasa di MPT iaitu Halim.


Petang Jumaat dan pagi Sabtu kami bersantai di kolam renang dan menyusuri tepi pantai macam muda-muda dulu....anak-anak tak ikut, mereka pun dah faham sekarang nak bagi privacy pada kami.

No comments:

Post a Comment