Photobucket

Wednesday, December 23, 2009

Girls Day Out.

Hari Selasa (22.12.2009) saya bersama Fathia dan Baby( Khairunnisa) keluar ke Bangi untuk mencari baju muslimah. Baby semenjak balik dari kem motivasi dan hafazan di Masjid Country Homes telah berazam untuk menukar penampilan dgn memakai pakaian muslimah seperti baju-baju yg lebih longgar dan labuh serta tudung yang labuh. Alhamdulillah di PKNS Bangi dan Warta Bangi banyak memberi pilihan dan beberapa helai baju dan tudung telah saya beli untuknya.

Di Warta kami sempat menjamu selera...diet saya kantoi lagi. Susah kalau berjalan dengan budak-budak ni....awal-awal sudah lapar nak cari tempat makan.



Keesokan harinya kami keluar lagi tetapi kali ini Ayuni ikut serta. Tujuan kami ialah untuk membeli kain untuk membuat baju sekolah Fathia....sempat lagi ke nak jahit...biasalah last minit baru nak buat... Sebelum tu singgah di Maybank Bandar Kinrara untuk membuat kad maybank Fathia yg baru kerana yang lam telah hilang. Alhamdulillah orang tidaklah ramai sangat jadi sekejap saja kami di sana.

Perjalanan diteruskan ke Subang Jaya. Nagoya ni terletak di dlm bangunan Carrefour Subang Jaya. Macam biasalah sebelum tu anak-anak ajak makan dulu.....makan lagi. Selepas mengisi perut masing-masing kami pun pergilah memilih kain untuk dibeli. Kami pulang tepat jam 3 petang....sekejap saja shopping kali ini...banyak kerja nak buat kat rumah.


3 comments:

  1. Tahniah kat Baby, satu penghijrahan

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu,Saya selalu juga cari baju kat Bangi tu,tapi saya ada tpt baru di Swangsa.Sebenarnya ni kedai online(rumah)brand qirani dan su maya.Kainnya cantik,berkualiti mcm kain baju T,Harga dlm 42,50.60.Bila2 nak pegi boleh saya minta jiran bawa.Saya tak tau jln!Baju2 ni dr Indonesia.Memang berbaloi dan murah!

    ReplyDelete
  3. Mama Ju, Kalau bagi address boleh gak saya pergi cari..hari itu ada saya beli beberapa helai kat gerai di PWTC masa pergi mesyuarat agung angkasa..ok jugak saiz besar utk saya pun ada..Dia kata dia ada juga buka gerai di Pasar Kabut Shah Alam.

    ReplyDelete