Photobucket

Friday, January 8, 2010

Permulaan 2010

Telah berminggu saya tidak berkesempatan untuk menulis kerana sibuk menguruskan anak-anak yang hendak mula bersekolah....kebetulan tahun ini semua bermula serentak. Saya menjahit baju sekolah Fathia dan Khairunnisa.....keluar membeli peralatan sekolah bersama suami dan anak-anak.

Pada 1hb Januari saya dan suami ke Kuala Terengganu menghantar Fathia memulakan sesi persekolahan baru tingkatan 5 di SESTER. Kami tiba tengah malam dan menginap di Permai Inn..kasihan suami dan mengantuk malam tu...

Pagi esoknya kami terus menghantar Fathia ke SESTER dan kali ini biliknya di tingkat 4...baguslah tak payahlah dia sibuk nak diet kerana setiap hari boleh exercise.....Setelah selesai semua urusan kami pun terus pulang ke KL.....letihnya.

Pagi Ahad saya dan suami menghantar Ayuni pula ke MFI Bangi. Dia akan melanjutkan pelajarannya untuk tahun satu dalam Kejuruteraan Mekanikal di sana....dan di sana kami telah mendapat tahu dia akan meneruskan pengajian untuk selama tiga tahun di Massey University, New Zealand.

Petangnya pula saya dan suami ke Seremban untuk menghantar Fathi pula.....juga akan meneruskan pelajaran di tingkatan 5....3 orang anak saya exam besar tahun ini....Baby PMR serta fathia dan Fathi SPM....semoga ALLAH memudahkan perjalanan mereka.....

No comments:

Post a Comment