


Pada percutian bulan Jun saya berlima beranak pergi ke Beijing(along dan suami tak pergi)...ok juga musim panas tapi masa di Summer Palace hujan....Kami pergi sebenarnya program Kelab Guru tapi tak ramai guru yang pergi cuma 3 family guru. Tapi pakej kami ni digabungkan dengan kumpulan lain dari Sabah....jadi kami seramai 20 orang. Kami pergi ke Great Wall, Summer Palace, Forbidden City, menonton persembahan acrobatik, dan banyak ke tempat2 menghabiskan duit seperti kilang sutera, kilang batu permata, kilang ubat herba, mutiara dll.
Pada Bulan Oktober pula saya, adik saya Shieda dan anak bongsu Nisa (baby) ke Medan menjemput bibik saya yang pulang bercuti selama sebulan. Memang setiap kali dia cuti kami akan pergi menjemput dia balik...sambil menyelam sambil minum air.

Kami terpaksa memakai mask kerana musim H1N1. Transport kami kat sana bila nak berjalan-jalan.....kami menaiki beca dan bila tiba di lampu isyarat kami dihiburkan oleh pengamil yang menyanyi sambil main gitar....kemudian kita bagilah sumbangan satu atau dua ribu. (duit Malaysia tak sampai RM1) Itulah cara mereka mendapatkan wang.


Di hotel tu ada Majlis Perkahwinan...kad digubah dgn bunga yang besar tu ialah cara dia org mengucapkan tahniah...Air jus kat Indon memang best..pekat dan fresh..baby pun suka. Semasa pulang kami kena pau RM 100 kat pejabat TKI (tenaga kerja Indon) disebabkan mereka kata bibik tak ada kat TKI...undang2 baru mesti ada benda tu.
2010 tak tahu lagi ke mana nak bercuti...yang terdekat ni Chinese New Year....ke mana ye...tapi tahun ni kena berjimat cermat...kjaan pun dah banyak potong sana sini.....
No comments:
Post a Comment