Photobucket

Monday, January 11, 2010

Tugasan 2010

Minggu ini sudah masuk minggu kedua persekolahan. Tahun ini beban tugas rasanya agak mencabar sedikit, BM tingkatan 3 dan 2, sejarah tingkatan 5 dan Pendidikan Seni tingkatan 2. Pegang kelas 2 Kempas yang saya akan masuk hanya dua masa utk Pend Seni. Walau bagaimanapun, kelas telah diceriakan bersama pelajar. Minggu lepas saya sibuk memasukkan markah 10% koko, dah siap. Lepas ni nak siapkan markah tingkatan 5 pula supaya senang akhir tahun nanti.
Saya juga bendahari koop...awal-awal ni hari-hari pergi bank masukkan duit. Jualan awal tahun memang banyak kerana murid-murid tingkatan satu membeli keperluan spt t shirt, lencana dsn.
Saya juga naib pengerusi kelab guru....perlu cari sponsor utk menjalankan aktiviti kelab guru....org pertama saya nak minta sponsor tentulah orang terdekat.....banyak saya nak minta...utk hari sukan pun saya ajk sponsor.
Awal-awal tahun ni meeting pun banyak...hari ini meeting sukan habis pukul 4.45 petang. Jumaat ada meeting AJK Majalah...itu pun saya terlibat dengan AJK sponsor.......
Semoga saya tabah mengharungi tahun 2010 dengan tabah...demi kebaikan anak didik saya...bak kata pengetua semasa meeting tadi ......guru jutawan akhirat.

1 comment: