Photobucket

Friday, January 22, 2010

Merentas Desa 2010

Hari ini sekolah saya menjalankan acara merentas desa. Kehadiran murid amat menggalakkan. Sebelum aktiviti merentas desa dimulakan murid-murid diberi taklimat. Seterus, acara senamrobik bermula bagi melonggarkan otot-otot. Tepat pukul 9 pagi pelajar dilepaskan mengikut kategori masing-masing.


Senamrobik

Guru-guru dan marshall yang bertugas di garisan penamat


Pasukan rumah merah, kuning, hijau dan biru yang penuh semangat

Pukul 11.00 pagi semua pelajar selamat sampai ke sekolah semula dan acara penyampaian hadiah pun bermula. Rumah merah telah mendapat pungutan mata terbanyak dan telah memenangi piala pusingan...rumah sayalah tu. Walau bagaimanapun, anak saya Khairunnisa cuma mendapat no 39 sahaja...menyumbang juga 2 markah utk rumah merah....Rumah merah masih perlu berjuang lagi utk Hari Sukan pada 6 Febuari nanti....Hidup Rumah Merah.

No comments:

Post a Comment